Thursday, November 6, 2008

KLIFe dalam KOSMO 6 November 2008

Konsep unik pemasaran

link: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1105&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_02.htm


Oleh Noor Hasliza Nusihasliza.nusi@kosmo.com.my


Inisiatif ini dibuat bagi menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan penjualan dan pemasaran barangan buatan tempatan.




NOH OMAR (dua dari kanan) merasmikan produk jenama KLife sambil diperhatikan Nor Maziah Abdul Hamid di Kuala Lumpur.



Masalah kenaikan harga barang sememangnya memberi impak mendalam terhadap sosioekonomi negara. Ia sekali gus turut membantutkan kegiatan harian masyarakat hari ini.
Bagi membantu individu dan usahawan menambah pendapatan mereka, sebuah syarikat telah mengambil langkah bijak dalam mengurangkan bebanan yang ditanggung golongan yang memerlukan.

Syarikat yang memasarkan produk terkenal, Kayla Beverly Hills, Dermilab Sdn. Bhd., mengambil inisiatif untuk mengembangkan sayapnya dengan memperkenalkan jenama produk kesihatan terbarunya, KLife.

Ia bertujuan membantu usahawan atau individu-individu yang ingin menambah pendapatan mahupun memperoleh pendapatan tetap, di samping menjaga kesihatan diri.
Dengan itu, satu majlis perasmian jenama KLife telah diadakan baru-baru ini di PWTC bersempena Pameran Showcase Usahawan dan Enterprise Asia 2008.

"Kesan daripada perkembangan ekonomi dan kepelbagaian cita rasa pengguna masa kini, Dermilab menawarkan barangan yang terdiri daripada makanan dan penjagaan kesihatan, penjagaan kulit dan kecantikan serta penjagaan kereta dengan harga yang berpatutan.
"Harganya berpatutan kerana barangan tersebut dihasilkan sendiri oleh salah sebuah anak syarikat Dermilab.

"Di samping itu, inisiatif ini dibuat bagi menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan penjualan dan pemasaran barangan buatan tempatan," ujar Pengarah Kumpulan Dermilab Sdn. Bhd., Nor Maziah Abdul Hamid.

KLife dipasarkan melalui aktiviti pemasaran berperingkat (MLM), bukan sahaja di Malaysia malah diyakini boleh berkembang hingga ke peringkat antarabangsa.

Industri jualan langsung telah mula bertapak di Malaysia sejak awal tahun 1970-an dengan penglibatan syarikat-syarikat asing yang bergiat cergas dalam perniagaan MLM pada masa kini.
Ia telah berkembang pesat selaras dengan perubahan dalam gaya hidup masyarakat kini yang menitikberatkan cara membeli-belah, pemilihan barangan dan layanan jurujual.

Di samping itu, katanya, jualan langsung juga merupakan satu bentuk perniagaan yang memberi peluang kepada orang ramai memulakan perniagaan dengan cara mudah sama ada secara sepenuh masa atau sambilan dengan modal permulaan yang kecil.

Perniagaan jualan langsung sama seperti perniagaan tradisional yang lain, boleh dianggap sebagai suatu bentuk perniagaan yang dapat berkembang sekiranya diamalkan dengan baik.
Konsep perniagaan jualan langsung ini adalah unik yang mana kaedah pemasaran yang dijalankan memberi pengguna kemudahan pembelian dengan penjimatan.

Pembelian juga dapat dilakukan tanpa perlu meninggalkan rumah atau tempat kerja kerana pengedar-pengedar akan berkunjung menemui anda untuk menghantar sebarang tempahan.
Hubungan rapat yang terjalin di antara penjual, pengedar dan pelanggan menjadikan kaedah jualan langsung ini semakin diterima oleh masyarakat. Tambahan pula insentif atau bonus daripada aktiviti jualan langsung ini boleh memberi sumber pendapatan tambahan melebihi gaji asas bagi yang bekerja.

Di samping itu, jualan langsung produk dan perkhidmatan ini dapat disalurkan kepada orang ramai tanpa memerlukan kos yang banyak dari segi pengenalan produk dan pengiklanan. Ini kerana pihak Dermilab menggunakan pendekatan melalui sesi penerangan dan pengenalan terus kepada ahli dan pengedar yang didapati adalah lebih berkesan.

Oleh itu, peranan Dermilab dalam merangsang aktiviti jualan langsung adalah tepat pada waktunya terutama dalam usaha membuka peluang niaga, di samping keprihatinannya terhadap perniagaan kesihatan rakyat Malaysia.

Kesihatan yang baik penting dan perlu dilihat sebagai suatu sumber yang amat tinggi nilainya.
Dermilab adalah sahabat yang amat berharga kepada rakyat Malaysia. Diharapkan dengan kemunculan jenama KLife di pasaran, ia akan memberi peluang mengukuhkan ekonomi keluarga.

Majlis perasmian jenama KLife ini telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

No comments: