Monday, September 28, 2009

Kempen Mudah untuk Jadi Senior Manager dan Executive Manager!


KLIK DI ATAS UNTUK KETAHUI CARA PANTAS DAN MUDAH UNTUK JADI SM DAN ED!

Tuesday, June 23, 2009

Mengenali MLM- penerangan kepada newcomer

MLM? apa tu?

MLM satu cabang industri perniagaan juga. asasnya macam trading. kita jual barang dan dapat untung atas angin. tak payah nak ada stok, tak payah nak ada kedai, tak payah nak ada staff.

Untung dalam MLM? (asasnya lah)

Untung dibayar melalui penjualan produk secara terus (dipanggil untung runcit) dan juga komisyen jualan daripada ahli kumpulan.

Penjualan produk secara terus kepada pengguna/pelanggan

Jualan produk secara terus ialah kita jual produk terus kepada pelanggan dan kita dapat untung atas jualan tu. Contoh kita jual stokin klife, kita jual harga RM42 kepada pelanggan. Harga ahli ialah rm38. Maka kita dah dapat untung RM 4. Makin tinggi nilai RM produk tu, makin tinggi pulangan pendapatan untung runcit kita.

Komisyen jualan daripada ahli kumpulan

Komisyen jualan daripada ahli kumpulan inilah yang sampai mencecah puluhan ribu ringgit. itu yang kita dengar si mamat tu dah dapat pendapatan 5 angka, 6 angka dan bermacam2 angka (ada juga yang dapat nangka je).

Apabila kita kenalkan orang kepada brand produk tu, maka apabila orang tu beli kita akan dapat untung atas jualan tersebut. Percentage keuntungan tu tinggi juga. Semakin ramai orang dalam group itu membeli, semakin tinggi percentage yang kita dapat. Ini yang dipanggil networking purchasing power.

Penipuan dalam MLM (ini sebahagiannya)

Tapi malangnya, disebabkan itu juga, maka ada yang menipu. Tak kiralah dari ahli ataupun dari pihak syarikat. Mereka ini juga yang merosakkan MLM.

Ahli menipu?

Ahli menipu apabila mereka ini beli pangkat. Sebab bila beli pangkat maka percentage untung lagi tinggi. Semakin tinggi pangkat semakin banyak percentage. Untuk dapatkan percentage tinggi, maka upline paksa downline beli produk banyak-banyak. Jadi upline tu makan/dapat untung banyak lah.

Syarikat menipu?

Syarikat lak menipu apabila ia bagi plan pendapatan yang melampau akal. Ada ke patut komisyen sampai 100%? gila ke apa. Kalau bagi 100% untung, syarikat nak untung apa?

Syarikat juga menipu apabila claim kebaikan/kelebihan produk melampau-lampau batasan akal fikiran manusia waras, sampai ada yang kata produk dia boleh sembuhkan semua penyakit. Ada akai ka?

Ada juga syarikat yang ambil produk syarikat lain, rebranding dan jual mahal2. Kemudian sudah dapat untung, tutup syarikat. Kemudian 2-3 tahun bukak syarikat lain pulak. Buat benda yang sama. Tokey pergi macau berjudi, kalah judi balik Malaysia bukak syarikat MLM.

FYI, satu syarikat MLM boleh untung RM6 juta dalam masa setahun lebih sahaja!. Ini terbukti, sebab tu ramai tokey-tokey yang nak buka syarikat MLM.

Untung mlm? macam mana? (sebahagiannya)

Macam mana MLM boleh untung? contoh macam ni, satu produk tu syarikat mark up untung sampai 100%. macam mana? katakan Botol air harga rm4 (termasuk kos), syarikat jual RM 44. Berapa untung dah tu? Sebab apa mark up? Sebab nak bayar komisyen sampai la level ke 7 atau 8 (ikut plan syarikat). Jadi pilihlah syarikat dengan pendapat yang munasabah. Lihat sama ada syarikat tersebut mengeluarkan produk sendiri macam KLIFe. Mark up KLife hanya sekitar 30-40% sahaja. Sebab apa? sebab KLIFe ada kilang sendiri dan pengeluar produk sendiri.

Ada ke syarikat yang betul-betul genuine MLM?

Ada. contoh macam Amway, AVON, CNI dan yang kami join iaitu KLIFe (promosi skit). Masing-masing dah berpuluh tahun dalam bidang MLM ni. Kukuh lagi mereka ni. Kenapa? Sebab plan pendapatan yang munasabah dan produk yang berkualiti.

Apa potensi industri ni?

Sangat luas dan banyak potensinya. Dianggarkan MLM akan berkembang/bertambah sehingga RM8bilion kat malaysia sahaja dalam 6 tahun lagi.

Kenapa nak join mlm?

Macam-macam sebab. Ada yang pasal duit. Ada yang pasal produk. Ingat, produk MLM sepatutnya produk exclusive yang tak ada dikedai-kedai biasa.

Nasihat ?

Berhati-hati ketika join MLM. lihat profile syarikat. Tengok siapa CEOnya dan taukeh MLM tersebut. Tanyakan siapa disebalik syarikat tersebut. Bukan apa, takut dulu mereka ni ada bad reputation.

Tengok produk. Apa produk nya. Siapa yang membuat produk tu? Asal produk tu? harga berpatutan? kalau setakat kopi jual sampai RM150 satu kotak dan ada 10 paket je dalam kotal tu baik tak payah join. Kalau makanan, pastikan halal. Kalau benda kesihatan, pastikan ada sijil dari pihak yang berwajib. Lihat sama ada produk berkesan atau tidak.

Plan pendapatan. Kalau terlalu bagus, jangan lekas nak join. Itu mungkin jenis syarikat 2-3 tahun je lepas tu tutup akibat over paid. Tak pun syarikat just nak habiskan produk dia sahaja. Plan pendapat biar munasabah. Risik-risik siapa yang buat plan tersebut. kebanyakkan Leader-leader besar MLM memang suka buat plan besar. Ingat, lagi besar plan, lagi banyak duit kena labur, lagi besar peluang duit nak melebur! bagi Leader-leader besar macam ini tak mengapa, dia masuk syarikat dah dapat RM10,000 dari syarikat.

Support dari syarikat. Pastikan ada support. Contoh buat meeting mereka organisekan, ada flyers, website dan bantuan pakar untuk produk tersebut.

Pastikan syarikat tu syarikat MLM. Mesti ada lesen AJL. Lesen ini jaminan perundangan untuk ahli kalau apa-apa terjadi pada syarikat. Ada syarikat yang guna plan networking tapi tak mengaku syarikat MLM pasal tak nak terbabit dengan Akta MLM. Ingat, kalau dah namanya ada networking, secara tak langsung itu tetap MLM walau apa pun yang dijual.

Modal. Ingat modal perlu sedikit. Cadangannya jangan labur lebih dari Rm 500 sekali masuk. Lagi skit lagi bagus. Biar untung kecil, asal pulangan munasabah. Jangan harap cepat kaya. Mula dengan perlahan-lahan. Cepat naik, selalunya cepat jatuh.

Tahu dan kenal potensi diri. Ingat! kalau semua orang boleh kaya dengan MLM pasti semua orang dah kaya. Realitinya MLM bukan untuk semua. Jual barang mungkin, bina network tu yang susah. Lagi susah nak maintain network.

Last but no least (kata orang putih) apabila kita join MLM ni cuba ingatkan yang kita bawak nama, jawatan dan pangkat kita sekali. Contoh, kalau kita kerja kerajaan. Pangkat pegawai. Itu juga lah yang kita bawa dalam MLM. Sebab orang akan kaitkan kita dengan apa yang kita buat dalam syarikat tu. Jadi, kalau busuk nama dalam syarikat, selalunya busuk juga nama dan jawatan kita dalam pekerjaan seharian kita. Jadi hati2 lah. Jaga nama baik tempat kita bekerja. (terpakai dalam kes part timerlah)

Apa dia pyramid scheme?

secara asas, piramid skim ini merupakan skim cepat kaya yang diubah menjadikan orang di atas lebih kaya dan yang di bawah merana.

Adakah MLM suatu skim cepat kaya?

Ya dan tidak.

MLM adalah sejenis piramid kuasa. Macam perjawatan dalam suatu syarikat. Ada CEO, ada pengurus dan ada pekerja.

Makin tinggi jawatan makin tinggi pendapatan.

Ya, apabila MLM itu menjual pangkat dan duit pendapatan dapat dari recruiting ahli baru. Maknanya, pendapatan ahli bukan dari jual produk tetapi daripada duit yuran/kemasukkan ahli baru.

Ini kerana, apabila makin ramai orang join, makin tinggi yuran/kemasukan boleh dikutip dan makin banyak duit upline boleh dapat. Contoh, satu MLM ni, dia buat 2 plan. Satu plan binary yang memang plan skim cepat kaya dan satu lagi plan beli pangkat.

Beli pangkat bermakna beli sekali banyak produk dan ahli akan dapat pangkat tertentu yang tentunya menjanjikan pulangan tertentu. Itu skim cepat kaya. Produk tak terjual yang terjual skim sahaja.

Tidak, apabila syarikat membuat ahli menjual produk. Dari jualan produk akan dapat komisyen. group sales juga diwajibkan. Ahli tidak dibenarkan beli produk banyak-banyak kecuali ahli adalah stokist. Hanya stokist boleh beli produk melebihi jumlah tertentu. Ini dilakukan oleh KLIFe untuk menjaga nama baik syarikat, produk dan juga ahli.

bacaan lanjut:

Ini dipetik dari pejabat peguam negeri Michigan USA http://michigan.gov/ag/0,1607,7-164-...1450--,00.html

Multi-Level marketing plans vs. Pyramid schemes -- what Is the difference?

Multi-level marketing plans typically involve a parent company that sells products to consumers through independent sales people.

Generally, independent sales people do not receive a salary -- rather, they are compensated based on the amount of product that they sell.

Multi-level marketing plans are generally legal in Michigan.

The key difference between a legal multi-level marketing plan and an illegal pyramid scheme is that a multi-level marketing plan bases compensation almost entirely on the amount of product sold, whereas an illegal pyramid scheme is based on the amount of people recruited.

Adakah skim piramid ini hanya ada dalam MLM?

Tidak. Skim piramid ini ada dalam semua perniagaan.

contoh, skim pak man telo (ponzi scheme),

Skim pelaburan (skim swiss cash),

skim affinity (rujuk http://www.wisegeek.com/what-is-an-affinity-fraud.htm),

gifting scheme (rujuk http://michigan.gov/ag/0,1607,7-164-...1450--,00.html)

dan seribu satu cabang perniagaan lain.

www.spg-klife.blogspot.com

Friday, June 5, 2009

MLM dan trading: mana yang anda pilih?

anda seorang pekerja biasa? ingin berniaga? dah penat makan gaji? penat tetapi tak jugak senang?

jadi berniagalah jawapan untuk anda.

berniaga ada pelbagai cara. cara halal. cara tak halal. cara mudah. cara susah. cara salah. cara betul. cara berisiko dan cara kurang risiko.

anda pilih yang mana.

bagi kami, dalam perniagaan ada 5 benda yang penting untuk kita fikirkan.

pertama- modal
kedua- produk/service yang hendak diniagakan
ketiga-risiko
keempat- tempat berniaga
kelima-keuntungan berniaga.

modal.
modal adalah perkara asas. kalau tiada modal macam mana hendak berniaga. jadi anda sebagai peniaga perlu ada modal. bergantung kepada jenis perniagaan apa yang anda ingin ceburi, modal itu boleh jadi besar dan boleh jadi sedikit.

produk/service.
apa yang anda hendak jual? produk atau service. produk ialah benda yang boleh diniagakan dan pastinya halal dan sah disisi undang-undang. kalau produk pilihan anda, maka anda perlu tahu dimana hendak ambil/dapatkan produk tersebut dan adakah produk tersebut mudah didapati dan adakah ia bermusim (contoh jual songkok dimusim perayaan adalah perniagaan bermusim/produk bermusim).

jika service pilihan anda, maka anda perlu tahu jenis service tersebut dan juga sama ada anda hendak buat sendiri service atau mengajikan orang lain untuk buat service tersebut.

risiko
anda perlu tahu, dalam apa pun jenis perniagaan, risiko pasti ada. cuma sama ada ia besar atau kecil. kalau besar risiko bermakna tinggi harapan untuk punah wang anda. kalau kecil risiko kurang lah sedikit harapan untuk wang anda punah. ini fakta. tiada perniagaan dalam dunia ini tiada risiko hatta trading pun ada risiko.

tempat berniaga
anda mesti tahu dimana anda hendak berniaga. kalau berniaga nasi lemak (produk) dan perlu tahu tempat dimana produk anda boleh laku. pasti di tempat ramai orang sebagai contoh di perhentian bas atau kawasan kilang tempat ramai orang kerkumpul. tempat berniaga juga bermakna anda kena keluarkan modal untuk sewa tempat dan juga untuk penyimpanan barang.

untung berniaga
dalam apa perniagaan pun tandanya ialah "RM". tanpa rm baik tak payah berniaga. sedekah saja. dalam perniagaan nilai keuntungan adalah secara asas dikira melalui kos + modal - jualan. maka anda akan dapat nilai kasar keuntungan produk/service anda itu tadi. kalau negatif, maka hentikan perniagaan itu, kalau positif teruskan.

jadi apa yang anda pilih?
mesti nak untung dengan risiko paling minimum dan pulangan yang cepat dalam masa terdekat?

untuk itu anda kena pilih 2 jenis perniagaan sahaja. lupakan yang lain
pertama ialah perniagaan berbentuk trading. dan kedua perniagaan berbentuk MLM.

trading
trading dalam bahasa kasarnya ialah kita dapat untung atas angin. contoh, kita ada kawan nak jual laptop dalam harga Rm1300. kita cari pembeli yang nak beli laptop tersebut. kita beli laptop dengan harga rm1300 dan jual dengan harga rm1500. dah untung rm200. untung atas angin. trading lebih terarah kepada mereka yang tidak ada modal besar, tidak ada produk dan tidak mahu risiko kerugian. bagus trading ini. tapi perniagaan macam ini seolah-olah macam tunggu ombak.kalau ada, adalah, kalau tidak senyap sahaja. ia tidak menjamin pendapatan tetap.

MLM
MLM ialah cabang perniagaan yang mengabungkan konsep beli terus dan kuasa gabungan pembelian berkumpulan. kita beli terus dari pengeluar (terus dari kilang), kita dapat harga murah. kita jual kita untung. selalunya untung runcit jualan ini berkisar antara rm1.00 ke rm40.00 satu produk (ini dalam klife).

kita juga akan dapat bonus bila ada kawan kita (downline) yang beli produk tu dari syarikat dalam kumpulan kita. semakin ramai yang beli dalam kumpulan kita, semakin banyak bonus kita dapat dari syarikat. bonus ini yang tinggi. dan bonus ini yang selalu dikejar orang. bonus ini juga yang dikatakan sebagai bonus MLM yang selalunya boleh mencecah puluhan ribu ringgit sebulan!. ini baru dikatakan work smart. kita dan rakan2 buat skit, gabung semua, dapat banyak.

jadi bagaimana nak bina network untk dapatkan banyak jualan kumpulan?
pertama pasti kena bina kumpulan. kedua pastikan kumpulan membeli. dan ketiga pasti kena pula ajar kumpulan untuk cari rakan yang lain untuk join kumpulan tersebut.

bagaimana nak carik kawan nak join?
orang malaysia ini pelik sedikit. kita percaya iklan. kalau iklan itu bagus pasti produk itu bagus pasti ramai orang akan beli. padahal produk itu memang pun sudah bagus. jadi untuk itu, KLIFe telah pun melaksanakan program jenama klife. ini bermakna satu massive advertisement (kempen iklan besar-besaran) melalui TV, RAdio dan juga media cetak telah dibuat. IKlan klife pada masa ini telah pun dicetak dalam Harian metro. dan pada pertengahan bulan jun 2009, klife akan mula masuk TV dan radio. tidak kah ini menarik?

semakin kuat produk semakin ramai orang akan kenal klife. semakin itu pula anda mudah menjual dan bina network anda. bukan kah begitu?

jadi, dalam klife, modal adalah minimum (tak sampai rm200 pun), untung tinggi (antara 20-55% untuk setiap produk), produk yang terbukti halal dan sah. Produk buatan malaysia dan buatan bumiputera. stok yang banyak. stokist yang kian ramai. produk yang mula terkenal dalam malaysia. produk yang pasti sudah terbukti (baca testimonial dalam website klife). produk yang bermutu pada harga mampu beli. dan pastinya anda tidak perlu keluar modal untuk sewaan tempat jualan, untuk promosi dan apa-apa jua kerana semuanya sudah disediakan oleh syarikat.

dan paling best, dalam klife pun ada boleh buat trading. untung kan?

jadi, apa lagi? marilah bersama kami. sebelum orang lain join, baik anda pula. kan?

p.s
peluang tidak datang selalu. mana lah tau, ini rezeki anda untuk senang.

www.spg-klife.blogspot.com

untuk sertai kami, hubungi webmaster ini atau hubungi stokist kami [lihat ruang sebelah kanan blog ini]...terima kasih.

Wednesday, May 6, 2009

Thursday, April 30, 2009

Iklan KLIFe di Harian Metro 25 April 2009

SUAMI:

ANDA KERAP KALAH DALAM PELAYARAN?

KERAP LETIH?

KURANG "POWER"?


CUBALAH KLIFE EXtra Cafe dengan MACA yang mengagumkan.

SECAWAN KOPI INI MAMPU MEMBERIKAN ANDA TENAGA SEHINGGA 3 HARI.

HEBAT!, PERKASA! PASTI ISTERI ANDA KAGUM!


NOTA:

Kopi ini diperbuat dengan campuran MACA dan biji Kopi Arabica. Bukan digunakan setiap hari. Gunakan apabila perlu sahaja. Kopi ini HALAL, Selamat, dan TIADA KESAN SAMPINGAN. INI JAMINAN KAMI.


ADa testimonial dari kaum wanita yang telah minum kopi ini. Mereka menyatakan bahawa kopi ini mampu menghilangkan dan mengurangkan sakit sendi dan saraf. CUBALAH SEKALI!


ISTERI:

ANDA "KEDINGINAN" TERHADAP SUAMi?

MATI RASA TERHADAP SI DIA?


CUBALAH LADY LOBATA. CAMPURAN BUAH DAN JUS LOBATA YANG MAMPU MENAIKKAN SERI DIRI ANDA SEBAGAI WANITA. TESTIMONIAL KAMI TERHADAP PRODUK INI AMAT MENGGALAKAN. CUBALAH. TAK RUGI CUBA. TANPA BAHAN KIMIA, TANPA KESAN SAMPINGAN DAN PASTINYA BERKESAN.
IKLAN KLIFE DI HARIAN METRO 25 APRIL 2009


Iklan KLIFe di Harian Metro 28 Mac 2009

Anda mempunyai masalah bau kaki?
Tapak kaki selalu sakit?
Penat berdiri?
Penat berjalan?
Urat saraf lenguh?
Masalah angin badan?


Cuba STOKIN FAR INFRA RED KLIFe.
Anda PASti terasa perbezaannya. Cubalah hari ni.
Dapatkan di Stokist berhampiran anda.


IKLAN KLIFE PADA 28 MAC 2009

Tuesday, April 28, 2009

Dengan KLIFe, menjadi Kurus semudah 1-2-3!

Idamkan badan yang ramping, menarik dan cantik?
kami tawarkan kepada anda peluang mendapatkan badan yang menarik tanpa lapar, tanpa dahaga, mudah dan murah!

lawati
www.klife.com.my // www.spg-klife.blogspot.com

pakej untuk ramping dan kurus semudah 1-2-3:

1- High Protein DIet (HPD) : RM 98 // 25 paket

Minum HPD yang dirumus dari protein soya untuk membantu mengurangkan berat badan. Protein soya adalah sumber makanan rendah lemak berkualiti tinggi. Ia mampu membuat perut kenyang sepanjang hari. Minum satu paket pada waktu pagi dan malam untuk rasa kekenyangan. Bila kenyang, makan pun kurang. HPD mengandungi vitamin dan mineral. Jadi anda akan tetap dapat zat yang diperlukan oleh badan walaupun tanpa makanan pejal.

2- Detox C5: Rm 69.00

ambil sesudu Detox C5 pada waktu pagi dan sesudu lagi pada waktu malam.

Fiber: Rahsia kearah pembersihan usus dan mempengaruhi hormon yang mengawal sistem penghadaman.

Permasalahan: Hidup tanpa fiber mencukupi membuatkan kita sentiasa merasa ketidakselesaan.

Penyelesaian: Apabila fiber melalui usus kita, ia sebenarnya membawa bersama lemak dan kalori keluar, mencegah tubuh dari memecah dan menyerap sesetengah lemak dan kolestrol yang dihadam.

Detox C5 Klife- Fiber penentang lemak, membantu menentang sembelit dan buasir, mengeluarkan toxid dari usus, menggalak pembuangan najis, mengurangkan tahap kolestrol, melambatkan penyerapan glukosa, memudahkan sel membakar gula daripada menyimpannya sebagai lemak yang akan mengakibatkan penyakit kencing manis.

Pengambilan:
Campurkan 2 sudu besar Detox C5 di dalam segelas air. Kacau dan minum dengan segera pada waktu pagi ketika perut kosong, sekurang – kurangnya 1/2jam sebelum sarapan pagi

3- Trimming gel: Rm 48.00

Trimming gel merupakan gel yang memecahkan lemak terkumpul pada badan. Ia digunakan secara khusus untuk membentuk bahagian badan tertentu. Ia berfungi dengan memecahkan lemak dibahagian badan yang dikehendaki seterusnya membentuk bahagian badan sebagaimana yang kita mahu!. Ia tidak ada kesan sampingan. Ia dibuat melalui proses pengilangan terbaik hasil penyelidikan berterusan oleh KLIFe.

Gunakan 2 kali sehari selepas mandi untuk kesan maksima.


...............................................

untuk keterangan lanjut lawati
www.klife.com.my atau www.spg-klife.blogspot.com

Friday, March 13, 2009

UPDATE: Bajet Mini KLIfe: pelan pendapatan baru! lebih menarik dan lebih mudah!

Salam semua ahli-ahli klife dan pengunjung blog ini.
Ini merupakan update kepada sesi taklimat yang telah diadakan di Dewan Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya pada 13 March 2009 jam 8.30.

Saya mengira, kehadiran pada malam itu berjumlah lebih 20 orang. Ramai Stokist hadir. Sepatutnya ramai lagi yang hendak datang, tetapi seperti biasa, hal-hal yang terjadi pada saat akhir telah mematikan niat untuk datang.

walau bagaimanapun, malam itu tetap meriah. Encik Nizam dan Encik Wan dari KLIfe telah memberikan penerangan yang panjang lebar walaupun secara asas tentang plan pendapatan terbaru klife. Pada malam itu juga Datuk Normaziah dan suami hadir dan telah menerangkan tentang justifikasi kenapa plan terbaru ini dibuat. Beliau juga menerangkan tentang kempen pengiklanan klife yang telah dirancangkan. Disamping itu penerangan tentang produk baru juga telah dibuat.

Plan pendapatan baru.

klik untuk plan pendapatan terbaru klife disini

Plan pendapatan terbaru ini merupakan pelan pendapatan termudah dan tersangatlah senang hendak dibuat. ini merupakan pandangan peribadi saya. setelah berkecimpung dalam bidang MLM selama lebih kurang 10 tahun, saya merasakan bahawa plan ini merupakan antara plan termudah yang telah dibuat oleh sebuah syarikat MLM. Bagi mereka yang baru, plan ini merupakan plan terbaik untuk mereka. pertama: ia mudah dibuat; kedua: ia murah; ketiga: ia seimbang dan keempat: ia boleh memberikan pendapatan yang banyak dengan cepat dan berterusan.

plan ini masih mengekalkan 2 skim terdahulu. iaitu skim power start (PS) dan conventional placement (CP). Cuma yang membezakan ialah pendapatan unilevel kini dalam PS. ini bermakna, dulu PS kita hanya akan dapat sekali sahaja. tetapi kini PS kita akan terima sehingga level ke 8!.

terdapat beberapa insentif terbaru telah ditambah. dan ini menjanjikan plan ini paling menarik antara plan yang telah dibuat oleh syarikat MLM di malaysia.

secara asas, Plan CP adalah wajib. Plan PS adalah pilihan. UNtuk plan CP kita kena maintain BV60 (minimum) lebih kurang RM 120.00. UNtuk plan PS kita kena maintain BV80 (pilihan) lebih kurang RM160.00.

pada kiraan saya sekiranya group kita mengekalkan dengan maintain BV140, kita hanya memerlukan 2 level sahaja untuk melayakkan kita mendapat lebih kurang Rm400 sebulan.

nota:
kalau cecah RM500 sebulan, kita akan dapat insentif lain dari KLIFE! ini bermakna silap hari bulan, hanya dengan 2 level sahaja, kita akan dapat lebih kurang RM900 sebulan!.

status pangkat

plan baru ini menyaksikan pertambahan 3 lagi pangkat. iaitu Senior Executive Director, Royal Executive Director dan Royal Crown Director.

Setiap pangkat mempunyai kelebihan yang tersendiri. Lagi tinggi lagi banyak pendapatan akan kita dapat.

Disamping itu, BV untuk menjadi Senior Manager dan ke atas adalah terkumpul!. ini bermakna, BV yang kita beli selama ini akan dikumpulkan untuk melayakkan kita mendapat status. Dulu habis bulan, habis BV. KIni tidak lagi. ia dikumpulkan untuk membolehkan kita menjadi SM dengan lebih cepat lagi!. Bagus bukan?.


Kempen Iklan KLIFe


Semasa pembentangan pelan ini, Datuk Normaziah telah menyatakan bahawa KLIFe akan membuat kempen iklan secara agresif untuk tahun 2009 dan 2010. Saksikan iklan KLIFe di:

TV3 - selama setahun. Bermula dari bulan 5 2009 - bulan 5 2010.
Surat Kabar- 2 kali sebulan. Harian Metro dan KOSMo!
Bas- pengiklanan bergerak KLIFe. 2 bas akan dipilih oleh KLIFe untuk digunakan bagi memperkenalkan KLIFe. Bas2 ini akan ditampal dengan iklan KLIFe. satu bas akan diPulau PInang dan satu lagi di KL.

Produk terbaru

Terdapat pertambahan produk di KLIFe. Pada masa ini terdapat pertambahan produk-

Perfume lelaki dan wanita
Pencuci Pinggan Mangkuk
Sabun Basuh Baju Gred A
Pelembut pakaian

Sistem online yang dipertingkatkan

UNtuk makluman semua, sistem online KLIFe telah dinaik taraf dengan memjadikan ia lebih mudah untuk digunakan. lebih user friendly. Disamping itu pembayaran cek klife akan ditukar kepada pembayaran online. iaitu duit ewallet kita akan dimasukkan terus kedalam akaun bank pilihan kita. jadi, update no akaun bank anda sekarang juga. HUbungi Encik HAfiz KLIFe untuk keterangan lanjut. [klik disini untuk menghubungi klife]

Jadi akhir kata, malam itu memang telah menunjukkan iktizam dan semangat KLIFe untuk membantu usahawan-usahawan KLIFe dalam bidang perniagan ini. berkenaan dengan HQ klife yang under renovation. Encik NIzam memberitahu saya bahawa ia akan siap pada pertengahan tahun ini. Kelewatan bukan sebab KLIFe tetapi dari segi undang-undang.Jadi saksikan sahaja wajah baru HQ klife nanti.

Pada anda semua, KLIFe tetap berjalan. Ia lambat sedikit tetapi tidak mengapa. KLIFe bukan menjalankan program main duit sebab itu ia lambat take off. KLIfe merupakan peniaga MLM tulen dan benar. Jadi teguhkan diri anda. masa kita akan tiba.

Salam semua.

ManagerNFPG








***************************************************************************************
Salam semua,

KLIFe akan membentangkan Bajet MIni pada tempat dan masa di bawah:

Tarikh:13.3.2009
Masa:8.30 malam
LOkasi: tingkat 3, dewan ilmu perpustakaan komuniti PJ, 389, Seksyen 3 (sebelah stadium hoki pj).

Untuk keterangan lanjut, hubungi:
019 243 3238 tq

Semua dijemput hadir!

nota:
apa yang menarik nanti ialah pembentangan plan pendapatan yang baru yang lebih menarik dan mampu buat. Dijamin senang nak buat duit!.
Plan ini juga mampu mengurangkan impak kesan kemelesetan ekonomi dunia kepada malaysia.

PM saya untuk keterangan lanjut.

lawati:
www.spg-klife.blogspot.com

atau

www.klife.com.my

bersama kita menjayakannya!

Friday, March 6, 2009

Iklan Klife 31 Jan 2009: tambah pendapatan dengan jenama yang terkenal dan kukuh!


Klife mempunyai pelbagai produk untuk menambah pendapatan anda. Semua produk-produk ini telah diuji untuk mendapatkan keberkesanan terbaik kepada kesihatan anda. Produk-produk ini dijamin selamat!, terbukti berkesan! berkualiti! kuantiti yang munasabah dan murah!.


Di KLIFe kami bukan sahaja sebagai pengeluar, tetapi kami juga pengilang dan penyelidik. Pasukan kami terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang kejuruteraan perubatan, pakar dalam pengilangan dan amalan buatan terbaik dan pakar dalam bidang marketing.

Kami menjamin anda akan puas hati dengan produk kami. Produk kami adalah 100% berasaskan herba yang diimport dari luar negara dan dipilih khas dari dalam negara. Kami adalah syarikat 100% bumiputera dan produk kami diiktiraf halal.

Mari bersama kami. Klik disisi blog ini untuk bersama-sama kami.

Iklan klife 22 Jan 2009: perut kenyang, badan kurus!


Penjagaan kesihatan terbaik untuk kekal ramping dan sihat. tak perlu lapar!; tanpa kesakitan!; tanpa penat!; dan pastinya murah!
terbukti berkesan. Dapatkan dari stokis kami!.

Monday, March 2, 2009