Friday, June 5, 2009

MLM dan trading: mana yang anda pilih?

anda seorang pekerja biasa? ingin berniaga? dah penat makan gaji? penat tetapi tak jugak senang?

jadi berniagalah jawapan untuk anda.

berniaga ada pelbagai cara. cara halal. cara tak halal. cara mudah. cara susah. cara salah. cara betul. cara berisiko dan cara kurang risiko.

anda pilih yang mana.

bagi kami, dalam perniagaan ada 5 benda yang penting untuk kita fikirkan.

pertama- modal
kedua- produk/service yang hendak diniagakan
ketiga-risiko
keempat- tempat berniaga
kelima-keuntungan berniaga.

modal.
modal adalah perkara asas. kalau tiada modal macam mana hendak berniaga. jadi anda sebagai peniaga perlu ada modal. bergantung kepada jenis perniagaan apa yang anda ingin ceburi, modal itu boleh jadi besar dan boleh jadi sedikit.

produk/service.
apa yang anda hendak jual? produk atau service. produk ialah benda yang boleh diniagakan dan pastinya halal dan sah disisi undang-undang. kalau produk pilihan anda, maka anda perlu tahu dimana hendak ambil/dapatkan produk tersebut dan adakah produk tersebut mudah didapati dan adakah ia bermusim (contoh jual songkok dimusim perayaan adalah perniagaan bermusim/produk bermusim).

jika service pilihan anda, maka anda perlu tahu jenis service tersebut dan juga sama ada anda hendak buat sendiri service atau mengajikan orang lain untuk buat service tersebut.

risiko
anda perlu tahu, dalam apa pun jenis perniagaan, risiko pasti ada. cuma sama ada ia besar atau kecil. kalau besar risiko bermakna tinggi harapan untuk punah wang anda. kalau kecil risiko kurang lah sedikit harapan untuk wang anda punah. ini fakta. tiada perniagaan dalam dunia ini tiada risiko hatta trading pun ada risiko.

tempat berniaga
anda mesti tahu dimana anda hendak berniaga. kalau berniaga nasi lemak (produk) dan perlu tahu tempat dimana produk anda boleh laku. pasti di tempat ramai orang sebagai contoh di perhentian bas atau kawasan kilang tempat ramai orang kerkumpul. tempat berniaga juga bermakna anda kena keluarkan modal untuk sewa tempat dan juga untuk penyimpanan barang.

untung berniaga
dalam apa perniagaan pun tandanya ialah "RM". tanpa rm baik tak payah berniaga. sedekah saja. dalam perniagaan nilai keuntungan adalah secara asas dikira melalui kos + modal - jualan. maka anda akan dapat nilai kasar keuntungan produk/service anda itu tadi. kalau negatif, maka hentikan perniagaan itu, kalau positif teruskan.

jadi apa yang anda pilih?
mesti nak untung dengan risiko paling minimum dan pulangan yang cepat dalam masa terdekat?

untuk itu anda kena pilih 2 jenis perniagaan sahaja. lupakan yang lain
pertama ialah perniagaan berbentuk trading. dan kedua perniagaan berbentuk MLM.

trading
trading dalam bahasa kasarnya ialah kita dapat untung atas angin. contoh, kita ada kawan nak jual laptop dalam harga Rm1300. kita cari pembeli yang nak beli laptop tersebut. kita beli laptop dengan harga rm1300 dan jual dengan harga rm1500. dah untung rm200. untung atas angin. trading lebih terarah kepada mereka yang tidak ada modal besar, tidak ada produk dan tidak mahu risiko kerugian. bagus trading ini. tapi perniagaan macam ini seolah-olah macam tunggu ombak.kalau ada, adalah, kalau tidak senyap sahaja. ia tidak menjamin pendapatan tetap.

MLM
MLM ialah cabang perniagaan yang mengabungkan konsep beli terus dan kuasa gabungan pembelian berkumpulan. kita beli terus dari pengeluar (terus dari kilang), kita dapat harga murah. kita jual kita untung. selalunya untung runcit jualan ini berkisar antara rm1.00 ke rm40.00 satu produk (ini dalam klife).

kita juga akan dapat bonus bila ada kawan kita (downline) yang beli produk tu dari syarikat dalam kumpulan kita. semakin ramai yang beli dalam kumpulan kita, semakin banyak bonus kita dapat dari syarikat. bonus ini yang tinggi. dan bonus ini yang selalu dikejar orang. bonus ini juga yang dikatakan sebagai bonus MLM yang selalunya boleh mencecah puluhan ribu ringgit sebulan!. ini baru dikatakan work smart. kita dan rakan2 buat skit, gabung semua, dapat banyak.

jadi bagaimana nak bina network untk dapatkan banyak jualan kumpulan?
pertama pasti kena bina kumpulan. kedua pastikan kumpulan membeli. dan ketiga pasti kena pula ajar kumpulan untuk cari rakan yang lain untuk join kumpulan tersebut.

bagaimana nak carik kawan nak join?
orang malaysia ini pelik sedikit. kita percaya iklan. kalau iklan itu bagus pasti produk itu bagus pasti ramai orang akan beli. padahal produk itu memang pun sudah bagus. jadi untuk itu, KLIFe telah pun melaksanakan program jenama klife. ini bermakna satu massive advertisement (kempen iklan besar-besaran) melalui TV, RAdio dan juga media cetak telah dibuat. IKlan klife pada masa ini telah pun dicetak dalam Harian metro. dan pada pertengahan bulan jun 2009, klife akan mula masuk TV dan radio. tidak kah ini menarik?

semakin kuat produk semakin ramai orang akan kenal klife. semakin itu pula anda mudah menjual dan bina network anda. bukan kah begitu?

jadi, dalam klife, modal adalah minimum (tak sampai rm200 pun), untung tinggi (antara 20-55% untuk setiap produk), produk yang terbukti halal dan sah. Produk buatan malaysia dan buatan bumiputera. stok yang banyak. stokist yang kian ramai. produk yang mula terkenal dalam malaysia. produk yang pasti sudah terbukti (baca testimonial dalam website klife). produk yang bermutu pada harga mampu beli. dan pastinya anda tidak perlu keluar modal untuk sewaan tempat jualan, untuk promosi dan apa-apa jua kerana semuanya sudah disediakan oleh syarikat.

dan paling best, dalam klife pun ada boleh buat trading. untung kan?

jadi, apa lagi? marilah bersama kami. sebelum orang lain join, baik anda pula. kan?

p.s
peluang tidak datang selalu. mana lah tau, ini rezeki anda untuk senang.

www.spg-klife.blogspot.com

untuk sertai kami, hubungi webmaster ini atau hubungi stokist kami [lihat ruang sebelah kanan blog ini]...terima kasih.

No comments: