Tuesday, June 23, 2009

Mengenali MLM- penerangan kepada newcomer

MLM? apa tu?

MLM satu cabang industri perniagaan juga. asasnya macam trading. kita jual barang dan dapat untung atas angin. tak payah nak ada stok, tak payah nak ada kedai, tak payah nak ada staff.

Untung dalam MLM? (asasnya lah)

Untung dibayar melalui penjualan produk secara terus (dipanggil untung runcit) dan juga komisyen jualan daripada ahli kumpulan.

Penjualan produk secara terus kepada pengguna/pelanggan

Jualan produk secara terus ialah kita jual produk terus kepada pelanggan dan kita dapat untung atas jualan tu. Contoh kita jual stokin klife, kita jual harga RM42 kepada pelanggan. Harga ahli ialah rm38. Maka kita dah dapat untung RM 4. Makin tinggi nilai RM produk tu, makin tinggi pulangan pendapatan untung runcit kita.

Komisyen jualan daripada ahli kumpulan

Komisyen jualan daripada ahli kumpulan inilah yang sampai mencecah puluhan ribu ringgit. itu yang kita dengar si mamat tu dah dapat pendapatan 5 angka, 6 angka dan bermacam2 angka (ada juga yang dapat nangka je).

Apabila kita kenalkan orang kepada brand produk tu, maka apabila orang tu beli kita akan dapat untung atas jualan tersebut. Percentage keuntungan tu tinggi juga. Semakin ramai orang dalam group itu membeli, semakin tinggi percentage yang kita dapat. Ini yang dipanggil networking purchasing power.

Penipuan dalam MLM (ini sebahagiannya)

Tapi malangnya, disebabkan itu juga, maka ada yang menipu. Tak kiralah dari ahli ataupun dari pihak syarikat. Mereka ini juga yang merosakkan MLM.

Ahli menipu?

Ahli menipu apabila mereka ini beli pangkat. Sebab bila beli pangkat maka percentage untung lagi tinggi. Semakin tinggi pangkat semakin banyak percentage. Untuk dapatkan percentage tinggi, maka upline paksa downline beli produk banyak-banyak. Jadi upline tu makan/dapat untung banyak lah.

Syarikat menipu?

Syarikat lak menipu apabila ia bagi plan pendapatan yang melampau akal. Ada ke patut komisyen sampai 100%? gila ke apa. Kalau bagi 100% untung, syarikat nak untung apa?

Syarikat juga menipu apabila claim kebaikan/kelebihan produk melampau-lampau batasan akal fikiran manusia waras, sampai ada yang kata produk dia boleh sembuhkan semua penyakit. Ada akai ka?

Ada juga syarikat yang ambil produk syarikat lain, rebranding dan jual mahal2. Kemudian sudah dapat untung, tutup syarikat. Kemudian 2-3 tahun bukak syarikat lain pulak. Buat benda yang sama. Tokey pergi macau berjudi, kalah judi balik Malaysia bukak syarikat MLM.

FYI, satu syarikat MLM boleh untung RM6 juta dalam masa setahun lebih sahaja!. Ini terbukti, sebab tu ramai tokey-tokey yang nak buka syarikat MLM.

Untung mlm? macam mana? (sebahagiannya)

Macam mana MLM boleh untung? contoh macam ni, satu produk tu syarikat mark up untung sampai 100%. macam mana? katakan Botol air harga rm4 (termasuk kos), syarikat jual RM 44. Berapa untung dah tu? Sebab apa mark up? Sebab nak bayar komisyen sampai la level ke 7 atau 8 (ikut plan syarikat). Jadi pilihlah syarikat dengan pendapat yang munasabah. Lihat sama ada syarikat tersebut mengeluarkan produk sendiri macam KLIFe. Mark up KLife hanya sekitar 30-40% sahaja. Sebab apa? sebab KLIFe ada kilang sendiri dan pengeluar produk sendiri.

Ada ke syarikat yang betul-betul genuine MLM?

Ada. contoh macam Amway, AVON, CNI dan yang kami join iaitu KLIFe (promosi skit). Masing-masing dah berpuluh tahun dalam bidang MLM ni. Kukuh lagi mereka ni. Kenapa? Sebab plan pendapatan yang munasabah dan produk yang berkualiti.

Apa potensi industri ni?

Sangat luas dan banyak potensinya. Dianggarkan MLM akan berkembang/bertambah sehingga RM8bilion kat malaysia sahaja dalam 6 tahun lagi.

Kenapa nak join mlm?

Macam-macam sebab. Ada yang pasal duit. Ada yang pasal produk. Ingat, produk MLM sepatutnya produk exclusive yang tak ada dikedai-kedai biasa.

Nasihat ?

Berhati-hati ketika join MLM. lihat profile syarikat. Tengok siapa CEOnya dan taukeh MLM tersebut. Tanyakan siapa disebalik syarikat tersebut. Bukan apa, takut dulu mereka ni ada bad reputation.

Tengok produk. Apa produk nya. Siapa yang membuat produk tu? Asal produk tu? harga berpatutan? kalau setakat kopi jual sampai RM150 satu kotak dan ada 10 paket je dalam kotal tu baik tak payah join. Kalau makanan, pastikan halal. Kalau benda kesihatan, pastikan ada sijil dari pihak yang berwajib. Lihat sama ada produk berkesan atau tidak.

Plan pendapatan. Kalau terlalu bagus, jangan lekas nak join. Itu mungkin jenis syarikat 2-3 tahun je lepas tu tutup akibat over paid. Tak pun syarikat just nak habiskan produk dia sahaja. Plan pendapat biar munasabah. Risik-risik siapa yang buat plan tersebut. kebanyakkan Leader-leader besar MLM memang suka buat plan besar. Ingat, lagi besar plan, lagi banyak duit kena labur, lagi besar peluang duit nak melebur! bagi Leader-leader besar macam ini tak mengapa, dia masuk syarikat dah dapat RM10,000 dari syarikat.

Support dari syarikat. Pastikan ada support. Contoh buat meeting mereka organisekan, ada flyers, website dan bantuan pakar untuk produk tersebut.

Pastikan syarikat tu syarikat MLM. Mesti ada lesen AJL. Lesen ini jaminan perundangan untuk ahli kalau apa-apa terjadi pada syarikat. Ada syarikat yang guna plan networking tapi tak mengaku syarikat MLM pasal tak nak terbabit dengan Akta MLM. Ingat, kalau dah namanya ada networking, secara tak langsung itu tetap MLM walau apa pun yang dijual.

Modal. Ingat modal perlu sedikit. Cadangannya jangan labur lebih dari Rm 500 sekali masuk. Lagi skit lagi bagus. Biar untung kecil, asal pulangan munasabah. Jangan harap cepat kaya. Mula dengan perlahan-lahan. Cepat naik, selalunya cepat jatuh.

Tahu dan kenal potensi diri. Ingat! kalau semua orang boleh kaya dengan MLM pasti semua orang dah kaya. Realitinya MLM bukan untuk semua. Jual barang mungkin, bina network tu yang susah. Lagi susah nak maintain network.

Last but no least (kata orang putih) apabila kita join MLM ni cuba ingatkan yang kita bawak nama, jawatan dan pangkat kita sekali. Contoh, kalau kita kerja kerajaan. Pangkat pegawai. Itu juga lah yang kita bawa dalam MLM. Sebab orang akan kaitkan kita dengan apa yang kita buat dalam syarikat tu. Jadi, kalau busuk nama dalam syarikat, selalunya busuk juga nama dan jawatan kita dalam pekerjaan seharian kita. Jadi hati2 lah. Jaga nama baik tempat kita bekerja. (terpakai dalam kes part timerlah)

Apa dia pyramid scheme?

secara asas, piramid skim ini merupakan skim cepat kaya yang diubah menjadikan orang di atas lebih kaya dan yang di bawah merana.

Adakah MLM suatu skim cepat kaya?

Ya dan tidak.

MLM adalah sejenis piramid kuasa. Macam perjawatan dalam suatu syarikat. Ada CEO, ada pengurus dan ada pekerja.

Makin tinggi jawatan makin tinggi pendapatan.

Ya, apabila MLM itu menjual pangkat dan duit pendapatan dapat dari recruiting ahli baru. Maknanya, pendapatan ahli bukan dari jual produk tetapi daripada duit yuran/kemasukkan ahli baru.

Ini kerana, apabila makin ramai orang join, makin tinggi yuran/kemasukan boleh dikutip dan makin banyak duit upline boleh dapat. Contoh, satu MLM ni, dia buat 2 plan. Satu plan binary yang memang plan skim cepat kaya dan satu lagi plan beli pangkat.

Beli pangkat bermakna beli sekali banyak produk dan ahli akan dapat pangkat tertentu yang tentunya menjanjikan pulangan tertentu. Itu skim cepat kaya. Produk tak terjual yang terjual skim sahaja.

Tidak, apabila syarikat membuat ahli menjual produk. Dari jualan produk akan dapat komisyen. group sales juga diwajibkan. Ahli tidak dibenarkan beli produk banyak-banyak kecuali ahli adalah stokist. Hanya stokist boleh beli produk melebihi jumlah tertentu. Ini dilakukan oleh KLIFe untuk menjaga nama baik syarikat, produk dan juga ahli.

bacaan lanjut:

Ini dipetik dari pejabat peguam negeri Michigan USA http://michigan.gov/ag/0,1607,7-164-...1450--,00.html

Multi-Level marketing plans vs. Pyramid schemes -- what Is the difference?

Multi-level marketing plans typically involve a parent company that sells products to consumers through independent sales people.

Generally, independent sales people do not receive a salary -- rather, they are compensated based on the amount of product that they sell.

Multi-level marketing plans are generally legal in Michigan.

The key difference between a legal multi-level marketing plan and an illegal pyramid scheme is that a multi-level marketing plan bases compensation almost entirely on the amount of product sold, whereas an illegal pyramid scheme is based on the amount of people recruited.

Adakah skim piramid ini hanya ada dalam MLM?

Tidak. Skim piramid ini ada dalam semua perniagaan.

contoh, skim pak man telo (ponzi scheme),

Skim pelaburan (skim swiss cash),

skim affinity (rujuk http://www.wisegeek.com/what-is-an-affinity-fraud.htm),

gifting scheme (rujuk http://michigan.gov/ag/0,1607,7-164-...1450--,00.html)

dan seribu satu cabang perniagaan lain.

www.spg-klife.blogspot.com

No comments: