Wednesday, November 26, 2008

Berita terkini dan sensasi!

UPDATE: 19 MAC 2009

Harap maklum bahawa promosi dibawah ini telah tamat.

Walaubagaimanapun, pihak SPG tetap memberikan softcopy percuma flyers dan juga presentation power point berserta dokumen-dokumen lain untuk kemudahan ahli SPG.
CD ini akan diberikan pada perjumpaa setiap minggu di HQ KLIFe PJ.
UNtuk penghantaran luar waktu tersebut sila hubungi upline anda. CD akan HANYA DIBERIKAN KEPADA UPLINE anda.

UNtuk penghantaran melalui POS. Sila hubungi UPLINE anda atau pemilik web ini. Kos sebanyak RM5 akan dikenakan bagi setiap penghantaran.

Untuk makluman anda, plan pembayaran pendapatan telah diubah. Sila hubungi upline anda.

Terima kasih.

...............
Berita terkini dan sensasi!

Salam rakan-rakan dan pelawat website ini,

Apa kabar anda? baik semua? alhamdullilah.
Ini merupakan update bagi mereka yang tak terupdate.


updates:

1- Sepanjang bulan 11 ini SPG KLIFe telah meraikan kenaikan pangkat seorang ahli kita yang berjaya mendapat pangkat Senior Manager. INi bermakna beliau pada masa ini mempunyai anggaran pendapatan RM100-RM1000. TAHNIAH untuk beliau.

2- Pejabat KLIfe di Petaling Jaya sedang diubahsuai untuk kemudahan kita semua. Proses ini akan mengambil masa sehingga awal tahun depan. walaupun begitu semua perjumpaan dan table talk masih dijalankan seperti biasa. Tempat agak sesak dan berdebu namun ia tidak mematahkan semangat kita semua untuk bergerak dalam KLIFe. Bawa sahaja prospek anda ke sana. p.s: ubahsuai ini melibatkan kos yang agak mahal. so, nantikan wajah korporat baru Dermilab dan KLIFe!.

3- SPG-KLIFe telah berjaya menambah 3 orang ahli secara online dan salah seorang daripada mereka kini adalah MOBILE STOKIST!. Kami percaya dalam masa terdekat ini lebih ramai akan bergerak dalam KLIFe. Susun kedudukan anda sekarang!. Laksanakan strategi untuk mendapat punca pendapatan tetap. p.s lepas bulan 12 2008 pasti menderu orang akan join KLIfe, kenapa? iklan akan mula dibuat, gerakkan usaha. pasti anda berjaya!

4-Website ahli dalam proses penyiapan. SPG2u.com sedang ditambah baik dan mudah-mudahan dalam bulan 12 ini semua proses berkaitan integrasi sistem akan siap sepenuhnya. Dalam web itu nanti ahli SPG akan mendapat website sendiri contoh www.spg2u.com/afifah----- ini adalah platform untuk anda mempromosikan diri dalam internet. Prospek anda adalah berjuta-juta!. kami buat ini untuk anda. Terdapat juga dalam website spg2u satu bahagian khas untuk ahli berdaftar SPG sahaja yang mana seksyen ini akan membolehkan ahli memdapatkan bahan terkini untuk bisnes mereka. Website itu nanti akan boleh juga dihubungkan dengan log in page klife. mudah kan? ini semua untuk anda!.

4- KIT Penerangan KLIFe sedang disiapkan. KIT ini akan mengandungi-

i- CD (softcopy presentation power point produk, syarikat dan pelan pendapatan KLIFe; Flyers, Brosuer, Iklan dan pelbagai artikel menarik);

ii- Hardcopy presentation power point klife;

iii- 100 keping flyers (lobata dan extra cafe---produk lain dalam pembikinan)

iv- brosure dan flyers dari klife; dan

v- susunan konsortium SPG

nota: tawaran ini untuk semua plan dalam klife. pada 1.1.2009, ahli yang mengambil Plan A akan mendapat semua yang diatas. Ahli yang mengambil Plan B akan hanya mendapat CD, Brosure dan flyers dari klife serta susunan konsortium sahaja.

5- Pada masa ini terdapat 3 tempat perjumapaan SPG-Klife. Tempat-tempat ini memberikan peluang untuk ahli SPG mencari dan menambah ahli. berikut ialah tempat-tempat tersebut:

i- Pejabat Dermilab Sdn Bhd di PJ ---- masa perjumpaan bila-bila masa tetapi untuk perjumpaan besar adalah pada hari Jumaat jam 8.30 malam

ii- kajang, Taman Putra Kajang, Setiap Rabu jam 9.00 malam -- Hubungi 018 223 8494

iii- USj Subang, Good year Court 10- hubungi khaira 01 29331509.

6- Pada 27-30 Nov 2008 ini di Pulau Pinang, KLIfe akan mengadakan perjumpaan disana. Hubungi Dermilab untuk keterangan lanjut.

moga anda telah diupdates kan tadi. Salam perjuangan

Wednesday, November 19, 2008

Friday, November 14, 2008

Friday, November 7, 2008

Khas untuk Isteri: bangkitkan keghairahan suami mu!

khas untuk si isteri....

"Sebagai isteri, tahukah anda apa yang diharapkan oleh suami dalam menjalin hubungan yang penuh kemesraan lagi hangat? Bagaimana pula sentuhan yang digemari si suami. Sebenarnya di sebalik sifat kelelakiannya, lelaki amat menyenangi sentuhan dan belaian wanita. Bagaimana dapat anda, seorang isteri penyayang, memancing ghairah suami tersayang? Dipersilakan membaca panduan-panduan di bawah.

Elakkan Dahulu
Janganlah anda fikir dengan tanpa seuratpun b
enang di tubuh anda, anda dapat dengan terus menaikkan ghairah suami anda. Anda seharusnya memakai pakaian malam/tidur yang tipis dan menampakkan bentuk dan lekukan-lekukan tubuh anda – keadaan yang mana anda masih berpakaian tetapi kelihatan seperti ‘bertelanjang’ beginilah yang dapat menaikkan nafsu suami untuk hebat menggauli anda.

Urai Rambutmu
Terutama bila anda berada di atas tubuh
nya. Rambut anda yang lembut terurai berjuntaian dengan perlahan-lahan dapat menaikkan ghairah suami, apatah lagi bila dia terhidu keharuman rambut anda yang sentiasa berada dalam perapian itu.

Senyap Itu Indah
Adalah sesuatu yang membangkitkan hasrat seks lelaki apabila melihat isterinya membuka butang baju perlahan-lahan tanpa sepatahpun kata-kata. Diiringi senyuman mesra manja, suami tidak akan bersabar-sabar lagi untuk meraih anda ke dalam pelukannya.

Sentuhan Sehangat Kuku
Percaya atau tidak; lelaki boleh teransang apabila bahagian ini disentuh. Usaplah dengan lembut dan mainkan dengan bibir anda yang hangat itu. G
hairah birahinya pasti tidak terperi-peri lagi.

Hadiah Sensasi
Isteri dapat meransang keinginan batin suami dengan membakar mata suaminya melalui ‘hadiah’ yang dianugerahkan. Misalnya, bekas gigitan cinta atau cakaran yang anda tinggalkan di tubuhnya malam tadi membuatkan dia terkenang-kenang kepada anda. Juga, meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur untuk kemudiannya dijumpai olehnya dapat menaikkan semula kelelakiannya.


Zon Rasa
Kulit bahagian dalam paha anda mampu meransang suami anda kerana ianya lembut dan mempesonakan pancainderanya. Apatah lagi bila disentuhnya, anda kegelian. Ini akan menyebabkan suami anda berasa lebih 'macho' perkasa.

Daerah Rangsangan
Mudah sahaja caranya: mainkan hujung lidah anda dengan lembut di bahagian luar cuping telinga suami. Gerakkan lidah turun naik di bahagian belakang telinga hingga terus ke leher. Lakukan perlahan-lahan dengan penuh kemesraan.


Sentuhan Kasih Sayang
Kelembutan sentuhan wanita menjadi impian setiap lelaki. Kucupan lembut dan usapan halus menggunakan hujung jemari anda mampu menggo
da suami dan menyebabkan dia terkulai manja di dalam dakapan anda.

Bangkitkan Suasana
Selain pancaran sinar malap lampu tidur atau sebatang lilin dan juga alunan muzik yang lembut mendayu, suasana romantis dapat dihidupkan dengan semburan wangian sekitar kamar tidur. Anda diminta mengenakan wangian kegemarannya, minyak aromaterapi, losyen atau kain sutera yang dibiarkan menyentuh lembut kulit suami.

Pesona Pandangan
Tatapan mempesonakan yang penuh perasaan kasih juga sayang terhadap suami anda cukup untuk mempamerkan perasaan anda terhadapnya. Tidak perlu anda berkata-kata, renungan anda yang meruntun itu cukup untuk membuatkan dia terkesima.


Membelai Nyata
Suami akan berasa lebih disayangi jika anda pandai mengusap rambutnya. Apabila duduk bersama, belailah mahkota lebatnya itu. Usaplah perlahan-lahan menyisir dengan jemari anda dari dahi hingga ke belakang lehernya.

Intipan Geram
Perbuatan mengendap merupakan salah satu ca
ra lelaki menaikkan ghairahnya sendiri. Tanpa disedari oleh wanita, dorongan seks lelaki mudah timbul oleh ransangan visual terutama pabila wanita mengenakan pakaian ataupun ketika mandi. Oleh demikian, usah menolak apabila si dia suami anda tiba-tiba mahu bersama anda sebaik sahaja anda melangkah keluar daripada kamar mandi.

Puputan Nafas
Hembusan nafas anda yang hangat akan menaikkan ghairah suami anda. Sentuhlah perlahan bibir anda ke bibirnya. Nafas hangat anda akan menyebabkan dia tidak sabar-sabar lagi mahu mencumbui anda.

Iklan:
bagaimana menambah lagi rasa hebat bersama suami?
testimonial kami membuktikan bahawa penggunaan LADY LOBATA mampu memberikan kemesraan dan keintiman yang mampu meransangan suami anda. Cubalah hari ni dan saksikan keberkesanannya dalam kehidupan rumah tangga anda!.

LADY LOBATA



Planet G-Spot
Suami juga mempunyai g-spotnya (hot-spot) yang tersendiri. Cari dan terokalah. Pancinglah si dia dengan memainkan peranan anda di zon sensasi miliknya itu .

Elak Sahaja Menyentuh Kelemahannya
Jangan sentuh kelemahan yang ada di tubuh suami anda. Tumpukan pada bahagian yang menjadi kebanggaannya seperti dadanya yang bidang, bahu atau hujung lengannya.

Sepantas Kilat
Bila mana anda mahu membuat suami anda lekas ghairah, ambillah tindakan yang agak agresif. Tarik dia ke sofa dan bertindak secepat kilat. Tetapi, sebelum itu pastikan keadaan sekitar ‘selamat.’

Kejutan Halwa Mata
Suami akan mengagumi anda, andai anda senantiasa membuat kejutan dari masa ke semasa untuk disaksikannya. Ini termasuk, membuat perubahan daripada segi penampilan anda, seperti dandanan rambut fesyen terbaru atau mengenakan pakaian dalam yang terseksi yang baru anda temui di gedung atau butik pakaian kegemaran anda


so, amacam wahai isteri-isteri? dah ready memberi kejutan?"

www.spg-klife.blogspot.com

menjana kewanitaan anda !

Thursday, November 6, 2008

KLIFe dalam KOSMO 6 November 2008

Konsep unik pemasaran

link: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1105&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_02.htm


Oleh Noor Hasliza Nusihasliza.nusi@kosmo.com.my


Inisiatif ini dibuat bagi menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan penjualan dan pemasaran barangan buatan tempatan.




NOH OMAR (dua dari kanan) merasmikan produk jenama KLife sambil diperhatikan Nor Maziah Abdul Hamid di Kuala Lumpur.



Masalah kenaikan harga barang sememangnya memberi impak mendalam terhadap sosioekonomi negara. Ia sekali gus turut membantutkan kegiatan harian masyarakat hari ini.
Bagi membantu individu dan usahawan menambah pendapatan mereka, sebuah syarikat telah mengambil langkah bijak dalam mengurangkan bebanan yang ditanggung golongan yang memerlukan.

Syarikat yang memasarkan produk terkenal, Kayla Beverly Hills, Dermilab Sdn. Bhd., mengambil inisiatif untuk mengembangkan sayapnya dengan memperkenalkan jenama produk kesihatan terbarunya, KLife.

Ia bertujuan membantu usahawan atau individu-individu yang ingin menambah pendapatan mahupun memperoleh pendapatan tetap, di samping menjaga kesihatan diri.
Dengan itu, satu majlis perasmian jenama KLife telah diadakan baru-baru ini di PWTC bersempena Pameran Showcase Usahawan dan Enterprise Asia 2008.

"Kesan daripada perkembangan ekonomi dan kepelbagaian cita rasa pengguna masa kini, Dermilab menawarkan barangan yang terdiri daripada makanan dan penjagaan kesihatan, penjagaan kulit dan kecantikan serta penjagaan kereta dengan harga yang berpatutan.
"Harganya berpatutan kerana barangan tersebut dihasilkan sendiri oleh salah sebuah anak syarikat Dermilab.

"Di samping itu, inisiatif ini dibuat bagi menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan penjualan dan pemasaran barangan buatan tempatan," ujar Pengarah Kumpulan Dermilab Sdn. Bhd., Nor Maziah Abdul Hamid.

KLife dipasarkan melalui aktiviti pemasaran berperingkat (MLM), bukan sahaja di Malaysia malah diyakini boleh berkembang hingga ke peringkat antarabangsa.

Industri jualan langsung telah mula bertapak di Malaysia sejak awal tahun 1970-an dengan penglibatan syarikat-syarikat asing yang bergiat cergas dalam perniagaan MLM pada masa kini.
Ia telah berkembang pesat selaras dengan perubahan dalam gaya hidup masyarakat kini yang menitikberatkan cara membeli-belah, pemilihan barangan dan layanan jurujual.

Di samping itu, katanya, jualan langsung juga merupakan satu bentuk perniagaan yang memberi peluang kepada orang ramai memulakan perniagaan dengan cara mudah sama ada secara sepenuh masa atau sambilan dengan modal permulaan yang kecil.

Perniagaan jualan langsung sama seperti perniagaan tradisional yang lain, boleh dianggap sebagai suatu bentuk perniagaan yang dapat berkembang sekiranya diamalkan dengan baik.
Konsep perniagaan jualan langsung ini adalah unik yang mana kaedah pemasaran yang dijalankan memberi pengguna kemudahan pembelian dengan penjimatan.

Pembelian juga dapat dilakukan tanpa perlu meninggalkan rumah atau tempat kerja kerana pengedar-pengedar akan berkunjung menemui anda untuk menghantar sebarang tempahan.
Hubungan rapat yang terjalin di antara penjual, pengedar dan pelanggan menjadikan kaedah jualan langsung ini semakin diterima oleh masyarakat. Tambahan pula insentif atau bonus daripada aktiviti jualan langsung ini boleh memberi sumber pendapatan tambahan melebihi gaji asas bagi yang bekerja.

Di samping itu, jualan langsung produk dan perkhidmatan ini dapat disalurkan kepada orang ramai tanpa memerlukan kos yang banyak dari segi pengenalan produk dan pengiklanan. Ini kerana pihak Dermilab menggunakan pendekatan melalui sesi penerangan dan pengenalan terus kepada ahli dan pengedar yang didapati adalah lebih berkesan.

Oleh itu, peranan Dermilab dalam merangsang aktiviti jualan langsung adalah tepat pada waktunya terutama dalam usaha membuka peluang niaga, di samping keprihatinannya terhadap perniagaan kesihatan rakyat Malaysia.

Kesihatan yang baik penting dan perlu dilihat sebagai suatu sumber yang amat tinggi nilainya.
Dermilab adalah sahabat yang amat berharga kepada rakyat Malaysia. Diharapkan dengan kemunculan jenama KLife di pasaran, ia akan memberi peluang mengukuhkan ekonomi keluarga.

Majlis perasmian jenama KLife ini telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.